Piala Presiden: Tambadau Sabah manafaatkan waktu rehat
AKSI penjaring gol pertama Sabah, Faizulnizam semasa menentang Pulau Pinang dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium Likas, Isnin lalu. Gambar ihsan Media SAFA
Skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah akan manfaatkan sepenuhnya rehat tiga minggu saingan Piala Presiden untuk memperkemaskan pasukan.
Ketua jurulatih Justin Ganai berkata, walaupun pasukan telah menunjukkan peningkatan untuk mencatat kemenangan pertama pada perlawanan ketiganya dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden, Isnin lalu.
Mereka mengalahkan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Likas. tetapi Justin melihat masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
"Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki terutama mudah kehilangan penguasaan bola dan pemain masih nampak gementar.
"Sekarang ada tiga minggu rehat dan ini akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan yang ada...kami akan berkerja keras untuk menjadi pasukan lebih baik," kata Justin.
Skuad pelapis Tambadau Sabah itu akan meneruskan cabaran menentang Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera (AFFC) di Stadium Likas pada 30 Mac.
Sambil itu, kemenangan ke atas Pulau Pinang dua hari lalu adalah yang pertama Sabah selepas kalah dua perlawanan pertamanya, kalah 1-0 di tangan Pahang dan UiTM FC.
Tiga mata pertama itu hasil sumbangan jaringan Faizulnizam Aziz dan Mohd Shariman Mukarim pada setiap babak permainan.
"Saya gembira dengan kemenangan itu yang mana ia adalah yang pertama musim ini. Begitu juga dengan peningkatan prestasi pemain...anda boleh lihat peningkatan itu dari perlawanan pertama hingga ke perlawanan ketiga ini.
"Saya harap ini adalah permulaan kepada lebih banyak keputusan positif dalam cabaran Piala Presiden ini," kata Justin.
Tiga mata pertama itu bagaimanapun belum mengubah kedudukan Sabah di tangga kedua tercorot dalam saingan melibatkan 10 pasukan dalam carta liga Kumpulan A.
Kedudukan teratas dihuni Selangor dengan sembilan mata mengatasi UiTM FC yang turut memiliki sembilan mata dengan kelebihan jaringan diikuti PJ City FC (8 mata), Kedah (7), Pahang (7), Pulau Pinang (6), JDT III (4) dan Selangor Utd (4) manakala AFFC ditangga tercorot tanpa sebarang mata.--- UTUSAN BORNEO
0 comments:
Catat Ulasan