Rumah mewah John Terry lengkap dengan panggung wayang dijual pada harga RM31.8 juta
SELAIN menempa populariti di peringkat global, kerjaya sebagai pemain bola sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan.
Lihat sahaja bintang seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham mahupun Lionel Messi, selain pendapatan sebagai pemain bola, mereka turut mengumpul pendapatan dengan menjadi duta pelbagai jenama terkenal.
Maka tidak hairanlah jika mereka memiliki rumah yang mewah serta kereta-kereta yang berharga jutaan ringgit.
Terbaharu, kediaman mewah bintang England, John Terry mula dipaparkan kepada umum.
Foto-foto dalam rumah agam itu mula bertebaran berikutan ia akan dijual tidak lama lagi.
Kolam renang di kediaman itu.
Cukup luas dan mewah, ia turut dilengkapi kolam renang dan panggung wayang tersendiri.
Mula diiklankan untuk dijual oleh syarikat hartanah RightMove, kediaman itu menerima sentuhan pereka hiasan dalaman Louise Bradley.
Antara kemudahan lain termasuklah sauna dan kebun seluas satu ekar.
Berkeluasan 11,000 kaki persegi, ia memiliki empat bilik tidur gergasi.
Lebih menarik, ia terletak hanya 10 minit dari pusat latihan Cobham yang menjadi lokasi pemain Chelsea berlatih untuk perlawanan mereka.
Pernah didiami Terry bersama isterinya, kediaman di Surrey itu dijangka akan dijual pada harga £6 juta (RM31.8 juta). - Mirror.
0 comments:
Catat Ulasan