Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 11 Mac 2019

Liga Perdana: Tambadau kekal di tangga kedua

Liga Perdana: Tambadau kekal di tangga kedua


JELIUS

Ketua jurulatih Tambadau Sabah Jelius Ating terima keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan sebagai keputusan adil dalam saingan Liga Premier di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi pada Sabtu.

"Ia keputusan adil kerana perlawanan itu agak seimbang. Ia bukan perlawanan mudah, sebab itu walaupun sekadar seri saya berpuas hati.

"Pujian juga kepada pemain-pemain kerana telah berkerja keras dan berusaha sehingga ke akhir perlawanan," katanya ketika dihubungi selepas perlawanan.

Keputusan itu melebarkan rekod tanpa kalah Tambadau Sabah kepada lima perlawanan berturut-turut dan mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dengan 11 mata iaitu satu mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang hanya beraksi menentang Terenggganu FC II semalam.
Ia juga perlawanan pertama gawang Tambadau Sabah tidak dibolosi walaupun Negeri Sembilan memperolehi beberapa sepakan percuma jarak dekat dan sepakan sudut, iaitu situasi yang menjadi punca utama gawang Sabah dibolosi sebelum ini.

Bagaimanapun, ia juga perlawanan pertama Tambadau Sabah gagal mencatat jaringan.

Kesebelasan utama Tambadau Sabah terdiri daripada Rozaimie Rohim (penjaga gol), Rawilson Batuil, Park Tae Su, Dendy Lowa, Randy Baruh (pertahanan), Mohd Azizan Nordin, Luka Milunovic (tengah), Maxsius Musa, Sabri Sahar (sayap), Luiz Carlos Junior dan Rodoljub Paunovic (penyerang).

Hanya dua pertukaran dilakukan Jelius pada penghujung permainan dengan memasukkan Ricco Nigel Milus dan Rahman Shah Marajeh menggantikan Junior dan Maxsius.

Sambil itu, keputusan perlawanan lain menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Selangor United 2-1 dan PDRM tewas 0-1 ditangan UKM FC manakala sehari sebelumnya UiTM FC seri 3-3 dengan Kelantan.

Saingan Liga Premier akan berehat kira-kira tiga minggu bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang beraksi dalam kejohanan antabarangsa.

Sabah akan meneruskan cabaran Liga Premier menentang Pulau Pinang di Stadium Likas pada 30 Mac dan seterusnya beralih tumpuan kepada saingan pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan United di tempat lawan pada 2 atau 3 April.--- UTUSAN BORNEO
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog