Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 10 Mac 2019

Masih awal- Penyokong Sabah FA



Masih awal- Penyokong Sabah FA


Selepas Sabah seri 0-0 dengan pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan keenam Liga Perdana. Banyak komen dan kata-kata semangat dari penyokong bola sepak Sabah. Kebanyakan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan. Walaupun dengan keputusan seri di gelangang lawan ianya adalah satu persembahan yang sangat baik oleh pasukan bimbingan Jelius Ating.
Memandangkan pasukan Negeri Sembilan adalah sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain berengalaman. Lebih-lebih lagi bermain di hadapan 2 000 penyokong lawan. Dengan keputusan seri ini Sabah sekarang ini mendapat 11 mata. 

Antara komen yang boleh didapati di ruangan komen page Buletin Sabah FA ialah liga masih awal, perjalanan saingan Liga Perdana masih jauh. Apa yang lebih penting adalah meneruskan momentum kemenangan dan semangat berpasukan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog