Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 15 Mac 2019

KEPUTUSAN PERLAWANAN AMAL SABAH vs PILIHAN KENINGAU

KEPUTUSAN PERLAWANAN AMAL SABAH vs PILIHAN KENINGAU




Keputusan Penuh: Pilihan Keningau [0 - 4] Sabah FA


Perlawanan Amal ini diadakan di Stadium Keningau kira-kira jam 8 malam. Sebelum itu menyaksikan perlawanan bekas pemain Sabah menentang bekas pemain dari Keningau. Separuh masa pertama berakhir dengan Sabah berada 1 gol di hadapan.

Gol tersebut terhasil apabila Luka Milunovic melakukan satu placing shot dari luar kotak penalti yang menewaskan Penjaga Gol Pilihan Keningau pada minit ke-16 permainan.

Jelius Ating dan Datuk Peter Anthony turut berada dalam kesebelasan utama Sabah.

Baca: Penyokong negara diseru banjiri stadium


Para pemain Sabah telah memberikan sekurang-kurangnya 4 peluang terbaik buat Datuk Peter Anthony menjaringkan gol namun gagal memanfaatkan peluang tersebut walaupun hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Pilihan Keningau.

Gol ke-2 Sabah terhasil menerusi keadaan kelam kabut pada minit ke-58 separuh masa ke-2 selepas sepakan sudut dilakukan Stanley Sulong.

2 minit kemudian, Sabah menjaringkan gol ke-3 menerusi Ummareng Bacok selepas melakukan percubaan mudah dalam kotak penalti Keningau Selection.

Sabah mencatat gol ke-4 ketika perlawanan hanya berbaki 1 minit. Gol terhasil menerusi sepakan dari luar kotak penalti Justin Samaan yang terbias sebelum menewaskan penjaga gol Keningau Selection.

Sumber: TheRhinosTroopsMediaOfficial

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog