Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 12 Mac 2019

Ronaldo suntik semangat JDT

LEGENDA bola sepak Brazil, Ronaldo selamat tiba di Johor hari ini bagi melawat infrastruktur yang dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT). - Foto FB JOHOR Southern Tigers

Ronaldo suntik semangat JDT


Legenda bolasepak Brazil, Ronaldo selamat tiba di Johor hari ini bagi melawat infrastruktur yang dimiliki juara lima kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Selain melihat prasarana serta infrastruktur yang ada di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, pemain yang pernah memenangi Piala Dunia dua kali itu turut akan menyaksikan perlawanan antara Harimau Selatan dan Gyeongnam FC dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam ini.

JDT akan melayan kelab Republik Korea itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan ia adalah aksi kedua JDT dalam Kumpulan E selepas tewas 2-1 kepada wakil Jepun, Kashima Antlers, sebelum ini.

Kehadiran bekas pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali yang pernah beraksi bersama Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians itu bakal mencetus semangat tambahan buat JDT menjelang aksi penting di gelanggang sendiri itu.

Selain Ronaldo, JDT turut mengharapkan sokongan padu daripada penyokong mereka untuk membanjiri stadium dalam usaha mendapatkan mata sulung dalam saingan ACL.

"Ayuh para penyokong Harimau Selatan, kita penuhkan sekali lagi Stadium Larkin pada malam ini dan berikan sokongan padu anda kepada JDT kerana mereka memerlukan sokongan keramat anda sebagai pemain ke-12 serta jadilah sebahagian dari sejarah berharga ini," kata satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.---BHARIAN


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog