Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 16 Mac 2019

Hulurkan sumbangan kepada bekas pemain Sabah Paulus Jimit @ Mohd Firdaus



Hulurkan sumbangan kepada bekas pemain Sabah Paulus Jimit @ Mohd Firdaus


Paulus Jimit merupakan bekas pemain Sabah yang sangat berbakat seangkatan dengan Matlan Marjan dan kini berumur 57 tahun. Mula bermain bola sepak sejak tahun 1979. Beraksi bersama James Wong dan Hassan Sani apabila mula mewakili Sabah pada tahun 1980.

Pernah mewakili skuad belia Malaysia di kejohanan sukan di UAE pada 1981. Pada 1983 pernah  dipanggil mewakili Malaysia tapi ditolak kerana sudah bekerja dengan JKR ketika itu. 
Pada tahun 1990 kali terakhir mewakil Sabah bersama Henry Anjun dan Matlan Marjan. Pernah menjadi jurulatih pasukan Sabah skuad bawah 16 tahun.

Isteri Sharifah Sudin berkata keadaan kesihatan bleeding di otak selepas jatuh dari kereta pada 26 Mac 2015. Mempunyai 6 anak. Kini hanya terlantar di rumah sejak 2015 dan tidak bekerja.

Orang ramai  yang ingin membantu atau menyumbang boleh hubungi isterinya 0198826312.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog