BEKAS pemain kebangsaan, Syed Adnà ey Syed Hussein mengakui penjaga gol paling sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Liga Malaysia ketika ini (gambar kecil luahan Zamir Selamat). - Foto ihsan FB Syed Adney
Penjaga gol sukar dapat pasukan
Bekas pemain kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein mengakui penjaga gol paling sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
Dia berkata demikian susulan bekas penjaga gol kebangsaan, Zamir Selamat yang dilihat bingung mengenangkan nasibnya belum berjaya memikat hati mana-mana pasukan termasuk dalam divisyen tiga, Liga M3.
Memahami apa dirasai Zamir, Syed Adney tidak menolak kemungkinan faktor pasukan dilihat lebih gemar mengambil pemain muda sebagai antara punca penjaga gol berpengalaman sukar mendapatkan tempat.
"Sekarang ini memang penjaga gol paling susah untuk mendapatkan pasukan. Seperti saya dan Zamir, kami bukan asing dalam bola sepak Malaysia dan kami pernah bermain untuk negara, bermain untuk pasukan yberada di tahap tertinggi.
"Tapi apa yang saya lihat sekarang banyak pasukan mengambil pemain muda, jadi ini kemungkinan satu cabaran buat kami. Saya pun sedar bukan senang dan tidak boleh ambil mudah perkara itu," kata penjaga gol berusia 32 tahun itu.
Zamir menerusi Instagram miliknya, kelmarin meluahkan rasa kecewa selepas gagal mendapat pasukan walaupun sudah melalui sesi percubaan dan perbincangan dengan beberapa pasukan dari Liga Super hingga ke Liga M3.
Malah, bekas penjaga gol Melaka United itu juga menafikan dia meminta gaji tinggi menyebabkan pasukan dalam Liga M tidak berminat mendapatkan khidmatnya.
Selain itu, Syed Adney yang kini bertindak sebagai pengulas bola sepak selepas kali terakhir beraksi bersama Pulau Pinang pada musim 2017 mengakui masih berharap dapat membuat penampilan semula dalam kancah Liga M.
"Memang saya cuba untuk kembali beraksi tetapi ada sedikit cabaran saya perlu lalui, saya tidak putus asa. Saya masih ada cita-cita untuk bermain dan saya sedang cuba mendapatkan kecergasan pada tahap 100 peratus.
"Saya harap dalam jendela perpindahan seterusnya (Mei) nanti, Insya-Allah saya boleh bermain lagi," katanya.--- BHARIAN
0 comments:
Catat Ulasan