Sabah FA dalam perancangan menentang pasukan Liga Super
Menurut Pengurus pasukan Tambadau Sabah, Henry Saimpon pasukan Sabah akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super. Masa ini adalah rehat bagi perlawanan Liga Malaysia dan akan bersambung pada 30 Mac. Perlawanan persahabatan ini penting supaya semua pemain kekal dalam keadaan cergas.
Tetapi belum lagi dipastikan pasukan mana yang akan ditentang oleh Tambadau Sabah. Yang pasti adalah pasukan dari semenanjung yang beraksi di Liga Super musim ini.
Pada malam ini pasukan Tambadau Sabah akan beraksi di Stadium Keningau menentang Pilihan Keningau pada jam 8 malam. Peluang bagi semua penyokong bola sepak sekitar Keningau bertemu pemain pujaan mereka. Difahamkan kesemua pemain import seperti Taeso Park, Luka Milunovic, Luiz Junior dan Rodoljub akan turun beraksi.
“Sepak mula perlawanan antara pasukan bekas pemain Sabah dan Pilihan Veteran Keningau adalah pada jam 7.00 malam disusuli dengan perlawanan antara Tambadau Sabah dan Pilihan Keningau pada jam 8.00 malam.
Semasa perlawanan ini juga akan di adakan kutipan derma bantuan kewangan kepada bekas pemain Sabah Paulus Jimit dan Jelius Arurung yang sakit. Diharapkan dengan adanya kehadiran peminat sekitar Keningau akan mampu membantu dari segi kewangan bekas pemain Sabah ini.
0 comments:
Catat Ulasan