Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 16 Mac 2019

FIFA sokong 48 pasukan di Piala Dunia 2022


FIFA sokong 48 pasukan di Piala Dunia 2022




Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bergerak selangkah untuk mengembangkan Piala Dunia 2022 di Qatar kepada 48 pasukan dan berharap dapat mengesahkan pelan berkenaan jika penganjur bersama berjaya diperoleh.

Satu kajian dalaman menyokong cadangan berkenaan, yang sebelum ini disokong penuh Presiden, Gianni Infantino dengan beliau, semalam mendapat sokongan oleh Ahli Majlis FIFA pada mesyuarat di sini.

Keputusan akhir mengenainya akan diputuskan di Paris pada 6 Jun ini selepas FIFA dan Qatar menyerahkan senarai nama negara penganjur bersama yang berpotensi kepada Kongres badan induk itu.
Infantino, yang turut mengesahkan kejohanan baharu, Piala Dunia Kelab yang menampilkan 24 pasukan bagi menggantikan Piala Konfederasi pada 2021 memberitahu perkembangan berkenaan pada sidang media.

“Apa yang ada di depan kamu adalah Presiden FIFA yang gembira,” kata Infantino.

“Saya sentiasa gembira terutama pada hari ini kerana kami membuat beberapa keputusan yang penting. Kami memperoleh kesimpulan, ya, ada kemungkinan untuk 48 berbanding 32 pasukan di Piala Dunia 2022 jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

“Sejak kami memutuskan pada Januari 2017 yang kita sepatutnya meningkatkan pasukan pada 2026, timbul permintaan daripada 10 persatuan di Amerika Selatan adakah kemungkinan untuk melakukannya pada 2022.

“Kami mempunyai tanggungjawab untuk menelitinya, 90 peratus menyokong perkembangan ini tetapi ia bukannya mudah. Kami perlu menganalisa perkara ini dengan berhati-hati dan bekerja rapat dengan Qatar.”

Perubahan untuk menyenaraikan 32 kepada 48 pasukan menyaksikan jumlah perlawanan akan bertambah daripada 64 kepada 80 justeru ia bermakna Qatar memerlukan satu atau lebih lagi negara untuk membantu mereka menganjurkannya.

Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilihat sebagai pilihan berpotensi tetapi pergolakan diplomatik menyaksikan negara Teluk kecil itu diasingkan secara politik oleh ramai bekas sekutunya.

Bahrain, Arab Saudi dan UAE perlu menamatkan sekatan diplomatik terhadap Qatar yang dilancarkan pada 2017 jika mahu terbabit, menurut kajian FIFA. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog