Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 11 Mac 2019

FIFA umum pertandingan baharu Jumaat ini

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. - Foto dw.com

FIFA umum pertandingan baharu Jumaat ini


Bos Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dijangka mengumumkan pertandingan baharu membabitkan kelab terbaik seluruh dunia menggantikan Piala Konfederasi pada mesyuarat kongres badan tertinggi itu yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat, Jumaat ini, lapor stesen penyaiaran Jerman, ZDF.

Laporan stesen itu menyebut bahawa Infantino mahu membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan menganjurkan kejohanan baru itu yang dijangka membabitkan penyertaan 24 kelab berbanding tujuh kelab handalan dunia ke pertandingan berkenaan termasuk penyertaan 12 pasukan terbaik dari Eropah.

Jika diterima, bos FIFA itu juga dipercayai akan memansuhkan Piala Konfederasi yang kali terakhir menyaksikan Jerman muncul juara pada 2017 di Russia. Piala berkenaan dianjurkan setahun sebelum temasya Piala Dunia dilangsungkan.


Menurut laporan itu juga, Kejohanan Piala Dunia membabitkan kelab itu akan berlansung mulai 2021 iaitu setahun sebelum Piala Dunia di Qatar.

"Ya, itulah yang bakal kami putuskan, kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan lama (format sedia ada) dan kami akan membuat keputusan mengenainya,” kata Fernando Sarney, seorang anggota Ahli Majlis FIFA dari Brazil kepada ZDF.

Difahamkan Infantino juga dilaporkan mahu menangguhkan penganjuran Liga Benua ke suatu tarikh yang lebihj sesuai.

Bagaimanapun Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dilaporkan membantah cadangan penganjuran kejohanan baharu membabitkan kelab terbaik dunia mulai 2021 itu dengan mendakwa ia akan menyebabkan jadual perlawanan mereka di Eropah bakal menjadi lebih padat. – AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog