Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 13 Mac 2019

FIFA boleh untung RM1.6 bilion di Qatar

Presiden FIFA, Gianni Infantino diketahui umum adalah individu yang mencadangkan tambahan pasukan daripada 32 kepada 48 pasukan. - Foto AFP

FIFA boleh untung RM1.6 bilion di Qatar



Satu kajian dalaman oleh firma yang dilantik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendapati bilangan 48 pasukan yang bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Doha dijangka memberi keuntungan tambahan sehingga AS$400 juta (RM1.6 bilion), kata sumber yang mendapat salinan dokumen berkenaan, semalam.

Ahli Majlis FIFA akan mengadakan mesyuarat di sini esok bagi membincangkan pelbagai isu namun difahamkan topik perbincangan lebih terarah kepada format Piala Dunia 2022 sama ada berlaku penambahan pasukan atau tidak.

Presiden FIFA, Gianni Infantino diketahui umum adalah individu yang mencadangkan tambahan pasukan daripada 32 kepada 48 pasukan.


Kajian yang dilakukan firma berkenaan jelas menyokong idea penambahan pasukan di pusingan akhir Piala Dunia 2022 susulan limpahan keuntungan yang bakal diperoleh.

Sumber berkenaan mendedahkan bahawa keuntungan boleh mencecah AS$300 juta (RM1.2 bilion) hingga AS$400 juta (RM1.6 bilion) yang dijana hasil daripada peningkatan pendapatan siaran televisyen, hak pemasaran barangan dan juga jualan tiket perlawanan.

Piala Dunia adalah sumber utama pendapatan FIFA.

Pada temasya di Russia tahun lalu, badan induk bola sepak itu meraih pendapatan luar jangka iaitu lebih besar daripada sasaran AS$6.4 bilion (RM25.6 bilion).

Bagaimanapun, bilangan 48 pasukan pada Piala Dunia 2022 akan hanya menjadi kenyataan dengan sokongan padu negara jiran Qatar terutama selepas negara kaya itu berdepan sekatan ekonomi dan perdagangan kalangan negara jiran sejak Jun 2017.

Sumber itu juga menyebut bahawa keputusan muktamad mengenai tambahan itu bergantung kepada sokongan lima negara jiran iaitu Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Oman dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE).

"Disebabkan perkembangan situasi politik di rantau itu yang mengenakan sekatan ke atas Qatar oleh Bahrain, Mesir, Arab Saudi dan UAE bermakna pembabitan negara ini dalam kejohanan itu kelak memerlukan penarikan semula sekatan yang dikenakan terutama mengenai polisi sekatan kemasukan rakyat serta barangan kalangan negara terbabit untuk memasuki Qatar," kata laporan kajian berkenaan. 

"Sebaiknya, cadangan penambahan bilangan negara ke pusingan akhir Piala Dunia itu wajar mengambil kira pelantikan dua negara bergabung menjadi tuan rumah bersama sebagai prasyarat pemilihan serta mengambil kira semua aspek yang merangkumi keperluan FIFA Piala Dunia Qatar 2022.”

Apapun, semua keputusan muktamad mengenai penambahan penyertaan negara ke Piala Dunia itu terletak di tangan Qatar selaku tuan rumah edisi 2022. – AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog