Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 12 Mac 2019

MFL jelas isu jadual

KETUA Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd. - Foto Ihsan MFL

MFL jelas isu jadual



Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tampil menjelaskan mengenai masalah yang dihadapi dalam menyediakan jadual penuh bagi aksi Liga Malaysia (musim ini).

Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata antara masalah yang dihadapi adalah berlaku perkongsian venue dalam kalangan pasukan bertanding.

Katanya, ada juga penyokong yang membandingkan jadual Liga M dengan luar negara yang dikatakan lengkap sepanjang musim namun realitinya situasi yang dihadapi tidak sama di negara ini disebabkan beberapa kekangan.

“Faktor utama yang kita sedia maklum adalah perkongsian venue, di EPL (Liga Perdana Inggeris) venue tak dikongsi bersama, yang kedua beberapa pasukan dalam satu negeri dan juga undian Piala FA,” kata Shazli.

“Perkara sama diterapkan di La Liga, di mana MFL sudah mengeluarkan jadual perlawanan liga sepanjang tahun cuma tarikh tak ditetapkan, walaupun tarikh tak tahu tapi sekurang-kurangnya penyokong tahu pasukan mereka akan bertemu pasukan mana, sebelum ini tak tahu langsung.”

Baca: Ronaldo beri suntikan JDT


MFL hari ini mengumumkan jadual lengkap bagi perlawanan ketujuh hingga kesembilan Liga Super dan Liga Perdana 2019 serta saingan pusingan kedua Piala FA.

Mohd Shazli berkata, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum jadual perlawanan liga dikeluarkan bagi mengelak banyak pindaan berlaku.

“Pertama kita kena memastikan jadual pasukan yang berkongsi venue tidak bertembung, kita juga kena mengambil kira pasukan yang bermain di negeri yang sama seperti JDT dengan JDT II, Terengganu FC dengan TFC II, Selangor dengan PKNS FC serta Selangor United.

“Selepas jadual sudah disiapkan unit pertandingan, kita akan membentangkan jadual ini kepada unit penyiaran untuk pemilihan perlawanan yang akan ditentukan dan dalam pemilihan di peringkat penyiaran itu juga boleh menjadikan beberapa perlawanan itu dipinda pada saat-saat akhir.

"Jadi kita harus terima maklum produksi sekarang kita ada TV9 Media Prima dan iflix, kita perlu memastikan pergerakan produksi penyiaran ini relevan dengan jadual perlawanan yang kita keluarkan.

“Jadual liga kita perlu mengambil kira undian Piala FA kerana kita tak tahu siapa lawan siapa, boleh jadi pertembungan undian itu melibatkan perkongsian venue atau pasukan di negeri sama seperti kita tak boleh mainkan pasukan Pahang dan Felda United serentak walaupun di daerah berbeza, kerana akan menyukarkan kita menempatkan anggota keselamatan," katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog