Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 9 Mac 2019

Sabah kempunan terajui liga

PEMAIN Negeri Sembilan, Jose Almir Baros Neto (tengah) diasak pemain Sabah pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Sabah kempunan terajui liga


Hasrat Sabah untuk melonjak ke puncak Liga Perdana tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-24 namun tandukan Jose Almir Baros Neto hasil hantaran lintang didakap kemas penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.


PEMAIN Negeri Sembilan, Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula (kanan) diasak pemain Sabah, Randy Baruh pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Pasukan pelawat juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-40 namun sepakan leret Luiz Junior tersasar ke kiri palang gol Negeri Sembilan.
Bersambung babak kedua, mutu permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan terus hambar dan ia mengecewakan lebih 2,000 penyokong yang hadir.

Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris dan Jelius Tabias Ating terpaksa berpuas hati dengan satu masa selepas tiada jaringan dihasilkan hingga wisel penamat.--- BHARIAN
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog