Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 27 Februari 2019

Ariusdius bantu Tambadau muda hadapi UiTM FC

Photo: TRT

Ariusdius bantu Tambadau muda hadapi UiTM FC


Skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah ada Ariusdius Jais sebagai tenaga baharu apabila berhadapan dengan UiTM FC dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Mini Stadium UiTM, Serdang esok (Khamis). Pemain bawah 22 kebangsaan itu telah mendapat pelepasan dari skuad senior untuk membantu skuad muda Sabah dan ketua jurulatih Justin Ganai berharap kehadiran Arius dapat memantapkan pasukan bagi mencipta kemenangan.
Sabah tewas pada perlawanan pertama 0-1 di tangan Pahang di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), Isnin lalu. Justin berharap anak didiknya akan cepat memberi respon terhadap kekalahan itu dengan kemenangan ke atas UiTM. Beliau membayangkan akan membuat sedikit perubahan kesebelasan utama dengan kemasukan Arius.

"Selain Arius, saya mungkin akan buat dua perubahan dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan pertama lalu. "Arius akan menggantikan Faizulnizam Aziz dan akan bergandingan dengan Muhammad Faqhurazi Ahmad di bahagian serangan. "Owen (Piou) akan ambil tempat Suhaizan (Nazmie Etin) di sayap kanan manakala Mohd Hizaz (Lokman) juga akan bermula sebagai kesebelasan utama di sayap kiri yang bermakna Zulkifly (Harun) bermula di bangku simpanan," kata Justin.

Pemain lain dikekalkan iaitu Joslan Aping sebagai penjaga gol utama, Kelvin Pengiran dan Mohd Izzat Aziz membarisi pertahanan dengan dibantu Mohd Hasrul Nizam Roslan dan Gerard Gadit di kiri dan kanan. Mohd Syukri Baharun dan Mohd Aidil Safee disandarkan sebagai penggerak bahagian tengah. Turut dalam senarai ke perlawanan itu ialah Muhammad Shazwien Sapawi, Erick Odo, Hilarion Andrew, Muhammad Syahmil Nizam Igbal Khan, Suhaizan, Faizulnizam dan Zulkifly.




------ Utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog