Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 28 Februari 2019

PATRIK RONALDINHO BOLEH BUAT TAMBADAU TERSUNGKUR DI LIKAS



PATRIK RONALDINHO BOLEH BUAT TAMBADAU TERSUNGKUR DI LIKAS


Pemain penyerang import PDRM Patrik Ronaldinho berasal dari Liberia bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia. Seorang penyerabg yang lengkap dengan saiz fizikal sebagai kelebihan. Di samping mempunyai larian dan kawalan bola yang baik. Telah terbukti mampu menjaringkan gol dalam apa juga keadaan. Bekas penyerang PKNS FC dan Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh sah kembali ke Liga Malaysia (Liga M) dengan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun PDRM sekarang ini tidak berada dalam form terbaik tetapi Sabah harus merantai ketat pemain ini. Bukan saja mampu menjaringkan gol tetapi bijak membuka ruang jaringan kepada rakan sepasukan. Sudah pasti kemenangan yang hendak dicari Sabah setelah mendapat suntikan moral hasil kemenangan ke atas pasukan Sarawak 2-1.
Diharapkan empat pemain pertahanan Tambadau yang diketuai oleh ketua pasukan Rawilson Batuil, Taesu Park, Dendy Lowa dan Randy Baruh mampu merantai pergerakan Patrik. Sabah akan melayan kunjungan pasukan PDRM di Stadium Likas pada 2 Mac 2019 sepak mula pada jam 8.15 malam. Perlawanan kelima Liga Perdana musim 2019.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog