Sandakan mampu jadi destinasi hab pelancongan sukan
FRANKIE (tiga kanan) bersama Vela Tan (tiga kiri), Peter Hii (dua kiri) dan jawatankuasa penganjur pada majlis itu.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung menaruh keyakinan penuh Sandakan mampu menjadi destinasi hab pelancongan sukan pada masa depan.
“Saya sangat yakin bahawa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), di bawah pimpinan Presidennya Datuk Peter Hii Chang Lik, akan dapat membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih besar ke bandar Sandakan kita supaya kita dapat berdiri setanding dengan bandar-bandar utama lain di rantau ini dan menjadi hab pelancongan sukan,” katanya.
Beliau berkata selama bertahun-tahun, majoriti acara sukan antarabangsa yang besar telah diadakan di Kota Kinabalu, mungkin disebabkan oleh kemudahan penerbangan antarabangsa yang lebih banyak dan pilihan logistik yang cekap.
Bagaimanapun, Frankie percaya bahawa infrastruktur di Sandakan kini telah bertambah baik untuk mengendalikan walaupun peristiwa terbesar.
Oleh itu, beliau berkata adalah wajar bahawa Sandakan kini akan mendapat bahagian yang adil untuk menganjurkan acara-acara sukan antarabangsa untuk penduduk kita berpeluang menyaksikan sendiri.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis Pelancaran Borneo Sevens 2019 - Kelab Antarabangsa Sevens di Kelab Ragbi Eagles, Jalan Utama, Batu 6 Jalan Utara, pagi tadi.
Turut hadir, Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik, Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Kelab Ragbi Eagles; Velayuthan Tan dan jawatankuasa penganjur kejohanan.
---- Utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan