Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 26 Februari 2019

HARAP LEBIH RAMAI PENYERTAAN PELAJAR BERPOTENSI SUKAN RENANG


Mantan Pegawai Teknikal Akuatik bagi Jbtn Pendidikan Negeri Sabah, George Abun menyampaikan sijil penyertaan kepada pemenang beberapa kategori sempena Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2019 di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

HARAP LEBIH RAMAI PENYERTAAN PELAJAR BERPOTENSI SUKAN RENANG



Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu meminta semua sekolah di seluruh negeri terutama sekitar bandar raya ini menghantar lebih ramai pelajar memiliki potensi dalam sukan renang menyertai kejohanan dalam usaha mengasah bakat generasi muda.

Penyelia Sukan dan Kokurikulum Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kota Kinabalu, Suzanah Awang Hussin berkata pihaknya melihat terdapat peningkatan penyertaan pelajar sekolah saban tahun dan perkara itu menunjukkan perkembangan positif dalam acara sukan terbabit.

Suzanah berkata jumlah penyertaan pelajar mengikuti kejohanan renanag anjuran Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS) bersama PPD Kota Kinabalu dan Persatuan Renang Sabah tahun ini terus meningkat iaitu 170 peserta berbanding tahun sebelumnya hanya 112 orang peserta meliputi seluruh negeri.

“Pertambahan ini mungkin disebabkan kesedaran dan keterbukaan golongan pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan sukan renang dalam kehidupan masa kini.

“Setakat ini, kita dapat lihat pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit acara kejohanan memang memberikan sokongan sepenuhnya kepada pelajar atau anak masing-masing sehingga ada ibu bapa yang sanggup datang daripada jauh semata-mata mahu melihat sendiri anak mereka bertanding.

Mantan Pegawai Teknikal Akuatik bagi Jbtn Pendidikan Negeri Sabah, George Abun menyampaikan sijil penyertaan kepada pemenang beberapa kategori sempena Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2019 di Kota Kinabalu. Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

“Kita berharap sokongan seumpama ini berterusan kerana sukan renang kini mempunyai potensi luas bukan sahaja sepanjang bergelar pelajar malahan boleh diteruskan ke peringkat tertinggi selepas tamat persekolahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah beberapa kategori sempena Kejohanan Renang MSS Sabah 2019, hari ini.

Seramai 170 atlet yang juga pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri terbabit dalam kejohanan berlangsung pada 25 dan 26 Februari itu.

Terdapat 242 acara termasuk saringan membabitkan tiga kategori dijalankan sepanjang kejohanan selama dua hari berkenaan.

Antara acara dipertandingkan termasuklah 100 meter kuak dada kategori bawah 12 tahun bagi lelaki dan perempuan, 200 meter rampaian bawah 15 tahun untuk lelaki dan perempuan dan 400 meter bebas bawah 18 tahun lelaki serta perempuan.

Dalam pada itu, Suzanah berkata semua pemenang kejohanan bakal mewakili Sabah ke Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Perak pada Mac hadapan.-SabahNews Today
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog