Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 27 Februari 2019

PELANCARAN FAN CLUB TAMBADAU HAMBAR


PELANCARAN FAN CLUB TAMBADAU HAMBAR


Admin sendiri tidak mengetahui adanya pelancaran Fan Club Tambadau. Apabila menjenguk page fan club Rasmi Tambadau barulah mengetahui adanya pelancaran. Gambar dan kenyataan di bawah ini adalah admin ambil dari page facebook Rasmi Fan Club Tambadau. Terdapat banyak komen positif dan negatif pelancaran yang dilihat hanya melepaskan batuk di tangga.


Upacara ringkas memperkenalkan Fan Club Tambadau Sabah di Stadium Likas bersama Pemangku Presiden YB Datuk Peter Anthony, disertai oleh peminat-peminat sukan bolasepak. Turut sama ialah YB Kenny Chua dan juga YB Masiung Banah.

Semasa upacara ringkas memperkenalkan Fan Club Tambadau Sabah di Stadium Likas bersama Pemnagku Presiden YB. Datuk Peter Anthony kelihatan kehadiran penyokong sangat sedikit. Adakah pelancaran ini hanya penyokong yang dijemput ataupun sebaliknya. Antara komen yang boleh dibaca di ruangan komen page Fan Club Tamabadau adalah kurangnya publisiti dan maklumat yang diperoleh oleh penyokong menyebabkan kehadiran penyokong semasa pelancaran hambar dan sedikit. Dianggarkan kehadiran penyokong semasa pelancaran ini hanyalah sekitar 300-500 orang (Kalau sampailah).


Seharusnya pihak SAFA mewar-warkan pelancaran ini supaya semua Fan Base dapat hadir untuk memberikan sokongan moral kepada para pemain dan juga untuk kemajuan bola sepak Sabah. Tetapi malangnya pelancaran ini hanya untuk puak-puak tertentu sahaja, walhal bola sepak Sabah adalah milik bersama semua penyokong Rhinos mahupun Tambadau. Hal seperti ini bukan saja mengeruhkan lagi keadaan hubungan SAFA dan penyokong bola sepak yang kian parah.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog