Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 27 Februari 2019

Indonesia muncul juara Kejohanan AFF B-22

Indonesia muncul juara Kejohanan AFF B-22




INDONESIA 2 THAILAND 1


Indonesia muncul juara Kejohanan AFF B-22 Tahun selepas bertarung habis-habisan menundukkan Thailand 2-1 di Phnom Penh, Kemboja, sebentar tadi. Kedua-dua pasukan bermula garang dalam pertemuan itu dalam memburu gelaran juara Asia Tenggara. Walaupun Thailand mempamerkan permulaan agresif, tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.

Thailand kemudian melakukan pertukaran taktikal dan hasilnya mereka membuka jaringan menerusi tandukan kapten pasukan, Saringkan Promsupa, pada minit ke-57. Kelebihan Thailand bersifat seketika selepas Indonesia berjaya membalas jaringan dua minit kemudian apabila rembatan Sani Riski dari luar kotak penalti terkena pertahanan sebelum menembusi gawang. Rentak permainan semakin rancak, dengan kedua-dua pasukan enggan mengalah, namun Indonesia berjaya menggandakan jaringan menerusi Osvaldo Haay pada minit ke-64.

Ketika perlawanan menuju masa kecederaan, Indonesia terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Bagas Adi dilayangkan kad merah angkara melakukan terjahan keras ke atas pemain Thailand. Thailand melakukan serangan bertalu-talu namun gagal membawa perlawanan ke masa tambahan, yang menyaksikan Indonesia melakar kejayaan muncul juara.

"Saya sangat berbangga kerana berjaya menjaringkan gol dalam aksi final tetapi ia merupakan usaha sepasukan untuk memastikan kejuaraan berjaya dilakar buat pasukan Indonesia," kata Osvaldo.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog