Piala Presiden: Sabah bermula dengan kekalahan
KETUA pasukan Sabah, Mohd Aidil Safee (kiri) cuba melepasi kekangan pertahanan Pahang dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium UMS kelmarin. - Gambar ihsan Media SAFA
Skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah bermula dengan langkah kiri apabila tumpas 0-1 di tangan Pahang dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), petang tadi. Gol tunggal kemenangan Pahang dijaringkan Muhammad Shah Farkhan pada minit ke-64.
Gol itu berpunca dari serang balas pantas pasukan pelawat sebaik merampas bola dari kawalan Sabah di tengah padang. Ketika berlaku pergelutan di depan gawang, Shah Farkhan mendapat kesempatan yang tidak disia-siakannya dengan menolak masuk bola menewaskan penjaga gol Sabah, Joslan Aping.
Baca: JDT, MU paling banyak diberi penalti
Sabah mencipta beberapa peluang tetapi gagal membuat penyudah sama ada percubaan tersasar atau gerakan dipatahkan pertahanan lawan. Skuad bimbingan Justin Ganai itu akan meneruskan cabaran menentang UiTM di tempat lawan, Khamis ini.
---- Utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan