Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 2 Mac 2019

Tambadau 'tanduk' PDRM di Likas

Tambadau 'tanduk' PDRM di Likas

Oleh Willie Jude 



SABAH 3 PDRM 1


Sabah terus memberi amaran bahawa mereka antara pesaing utama dalam saingan Liga Perdana musim ini apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam PDRM FA 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, skuad Tambadau tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol apabila sepakan percuma kaki kiri Luis Carlos Junior pada minit ke-4 terus menerjah jaring.

Pada minit ke-20, pemain import tengah Sabah, Luka Milunovic, hampir menambah jaringan namun sepakan percuma beliau diselamatkan penjaga gol PDRM, Willfred Ak Jabun.

PDRM yang sesekali melakukan serangan memiliki peluang baik pada minit ke-28, tetapi sepakan percuma cantik Shahurain Izuan Abdullah ditepis penjaga gol tuan rumah, Rozaimie Rohim, sebelum bola terkena palang.

Pada minit ke-44, seorang lagi penyerang import Sabah, Rodoljub Paunovic, menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyempurnakan hantaran Maxsius Musa dan ia kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Baca: Hentikan pertelingkahan demi pasukan Sabah FA

Bermula babak kedua, Sabah terus garang apabila memperolehi gol ketiga menerusi Junior yang mudah menyudahkan hantaran Paunovic pada minit ke-47 bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Pada minit ke-52, pertahanan import PDRM, Redzovic Argzim, menghidupkan sedikit peluang untuk pasukannya apabila percubaannya dari dalam kotak penalti hasil sepakan percuma Shahurain terus menerjah jaring bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Pasukan pelawat sekali lagi mencemaskan pintu gol Sabah tetapi tandukan Shahurain yang tidak dikawal pada minit ke-70 diselamatkan Rozaimie.

Kedudukan 3-1 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan, Muhd Faiz Jamaluddin, meniupkan wisel penamat.

*Kredit imej SAFA Media Team




---- Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog