Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 26 Februari 2019

Enggan ditukar Kepa didenda

Enggan ditukar Kepa didenda



Chelsea mendenda penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga, bernilai gaji seminggu selepas enggan ditukarkan dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) ketika pasukan itu tewas dalam penentuan penalti kepada Manchester City, semalam.

Kepa terpaksa menerima rawatan sebanyak dua kali dalam masa tambahan di Stadium Wembley itu dengan Willy Caballero -- wira Manchester City dalam penentuan sepakan penalti pada final edisi 2016 -- sudah bersedia untuk dimasukkan.

Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri, dilihat mengamuk selepas Kepa enggan menuruti arahannya manakala Caballero kebingungan di tepi padang kerana pertukaran itu ditangguhkan.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog