Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 24 Februari 2019

Jadual pusingan pertama Piala FA bola Sepak KDM Malaysia 2019

Jadual pusingan pertama Piala FA bola Sepak KDM Malaysia 2019



JAWATANKUASA penganjur bersama wakil-wakil pasukan semasa cabutan undi Piala FA kejohanan Bola Sepak KDM Malaysia di Kota Kinabalu Sabtu lalu.

Pertandingan Piala FA Kejohanan Liga Bola Sepak KDM Malaysia 2018-2019 akan bermula pada 2 Mac depan. Setiausaha Kejohanan Jellysius Saimpon berkata, undian jadual telah diadakan pada Sabtu lalu membabitkan semua pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi kedua kejohanan itu.

Undian itu menyaksikan juara edisi pertama (2014-2015), Papar diundi bertemu dengan Sugut manakala naib juara Kota Belud berhadapan Melalap. Juara liga edisi pertama dan Piala Sumbangsih musim ini, Keningau pula diundi bertemu Sepanggar.

Baca: Jelius enggan dabik dada


"Perlawanan Piala FA ini dijalankan secara kalah mati menerusi pertemuan timbal balik (main di tempat sendiri dan tempat lawan). "Penganjur mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan dan jangan lupa bermainlah dengan semangat kesukanan," kata Jellysius dalam kenyataannya pada Ahad.

Beliau berkata, perlawanan akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada 5 Mei. Sambil itu, pertandingan liga telahpun selesai saingan peringkat kumpulan.

Jadual pusingan pertama Piala FA


Pitas lwn Labuan
Sandakan lwn Ranau
Kadamaian lwn Sipitang
L Datu lwn Putatan
Inanam lwn K Penyu
Kudat lwn Semporna
Kemabong lwn Telupid
Bandaraya lwn Karambunai
Keningau lwn Sepanggar
K Marudu lwn Kundasang
K Belud lwn Melalap
Kiulu lwn Liawan
Tambunan lwn Penampang
Sook lwn Tongod
Kimanis lwn Kepayan
Sugut lwn Papar


---- Utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog