Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 25 Februari 2019

Piala Belia: Tambadau Sabah tewaskan NS 2-1

Piala Belia: Tambadau Sabah tewaskan NS 2-1



SKUAD muda Tambadau Sabah merakamkan reaksi gembira selepas menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang.

Skuad bawah 19 Tambadau Sabah telah mencatatkan kemenangan pertama mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang. Skuad bimbingan Billyton Vun Kit Ming mendahului 1-0 seawal minit ke-10 hasil jaringan menerusi sepakan penalti Mohamad Sahrizan Saidin. Sabah dihadiahkan sepakan penalti selepas Asymawi Sulikin dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Sahrizan yang diberi kepercayaan mengambil sepakan, mengarahkan bola ke arah bertentangan dengan layangan badan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Inrah Jaffar. Kedudukan Sabah 1-0 dihadapan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Selepas rehat, Negeri Sembilan hanya memerlukan tiga minit untuk memadamkan kelebihan awal Sabah itu menerusi Muhammad Haleif Hazreil Mohd Hariff. Haleid tidak dicabar melonjak menanduk masuk bola sepakan percuma Muhammad Huzaimi menewaskan penjaga gol Sabah Fahmi Ikwan Muhamad Azmi pada minit ke-48.

Skuad muda Tambadau Sabah menggandakan usaha dan berhasil mendapatkan gol kemenangan menerusi Mohd Faqrul Idris pada minit ke-77. Pemain pertahanan itu naik ketika Sabah diberikan sepakan sudut. Faqrul melonjak mengatasi kepungan beberapa pertahanan untuk menanduk masuk sepakan sudut Sahrizan. Billy ketika ditemui gembira dengan kemenangan itu dan berharap ia menjadi pembakar semangat dan menyuntik keyakinan pemain mengharungi perlawanan perlawanan akan datang.

"Banyak yang masih perlu diperbaiki.. Kami akan terus berkerja keras bukan sahaja untuk saingan ini tetapi untuk menyediakan pemain ini menjadi pelapis berkualiti kepada pasukan senior kita. "Setakat ini, saya lihat pemain-pemain muda kita ini juga perlu diperkuatkan dari segi mental terutamanya untuk mengharungi permainan 90 minit," katanya.

Skuad muda Tambadau Sabah itu akan meneruskan cabaran menentang Kedah juga di Stadium Penampang, Rabu ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog