Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 24 Februari 2019

Reaksi penyokong perlawanan Borneo Derby



Reaksi penyokong perlawanan Borneo Derby 


Banyak komen dan pandangan penyokong bola sepak selepas berakhirnya perlawanan Sarawak dan Sabah. Di mana Sabah berjaya menjinakkan Sarawak di laman sendiri 2-1. Hasil jaringan penyerang import Rodoljub dan pemain tengah berbakat Sabri Sahar pada masa pertama.

Kemenangan ini menyaksikan Sabah sekarang ini mendapat 4 mata. Meninggalkan Sarawak dengan 3 mata. Menjenguk page rasmi Sarawak FA menyaksikan penyokong Sarawak meluahkan komen dan berpendapat supaya Sarawak harus melakukan sesuati setelah dalam 4 perlawanan hanya sekali mencapai kemenangan. Perlu diperbaiki dari aspek mengusun gerakan serangan supaya lebih mengancam kubu pihak lawan. Di samping itu kekurangan sokongan kepada penyeeang juga menyebabkan Sarawak gagal menjaringkan gol.
Tidak ketinggalan juga penyokong Sarawak yang memberi kata-kata semangat dengan mengatakan Sarwak hanya tidak bernasib baik menentang Sabah. Ada banyak peluang tetapi tidak diterjemahkan kepada gol.

Apa pun komen yang pedih dari penyokong, haruslah diambil secara positif oleh pihak berkenaan untuk kebaikan pasukan.



Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog