Son Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris
Son (kiri) bersama Ginola. FOTO REUTERS
PEMAIN Tottenham Son Heung-min meraih gelaran Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Anugerah Bolasepak London (LFA) 2018/19.
Pemain antarabangsa Korea Selatan itu menyerlah sebagai pemain utama skuad Spurs sepanjang musim ini.
Dia meledak 16 kali dan melakukan sembilan bantuan kepada rakan sepasukan dalam 34 penampilan. Son yang membantu negaranya menang pingat emas Piala Asia tahun lalu, mengatasi cabaran rakan sepasukan Spurs, Harry Kane, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan perancang Chelsea, Eden Hazard untuk mendapat anugerah itu.
Undian dilakukan oleh 22 panel pakar termasuk Bobby Zamora, Bob Wilson dan Tony Cottee.
Son menerima anugerah yang disampaikan oleh bekas pemain handalan Tottenham, David Ginola, semalam.
“Ia begitu bermakna,” kata Son.
“Buat saya, ia istimewa, anugerah pertama saya dari jenis ini.
“Ramai pemain tidak dapat anugerah seumpama ini jadi bagi saya ia sangat, sangat istimewa terutamanya kerana disebabkan nama-nama besar pernah memenanginya sebelum ini. Gembira sangat dapat memenanginya”.
Bos Spurs, Mauricio Pochettino turut menerima anugerah selaku pengurus terbaik yang disampaikan oleh Osvaldo Ardiles.
---- hmetro
0 comments:
Catat Ulasan