Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 28 Februari 2019

Piala Presiden: Sabah alami kekalahan kedua


Piala Presiden: Sabah alami kekalahan kedua


Skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah kalah 0-1 di tangan Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) untuk kekalahan kedua berturut-turutnya dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Mini Stadium UiTM, Serdang petang tadi. Gawangan skuad bimbingan Justin Ganai itu dibolosi pada separuh masa pertama.

Baca: Empat pemain import diturunkan bertemu PDRM


Skuad muda Tambadau Sabah cuba bangkit selepas rehat dan mencipta beberapa peluang tetapi gagal diterjemahkan kepada jaringan untuk kekal tanpa jaringan selepas dua perlawanan setakat ini. Isnin lalu, mereka juga tewas 0-1 pada perlawanan sulung di tangan Pahang di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mereka akan meneruskan cabaran untuk perlawanan ketiga menentang Pahang di Stadium Likas pada 11 Mac .
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog