Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 1 Mac 2019

HENTIKAN PERTELINGKAHAN, DEMI PASUKAN --- JELIUS ATING



HENTIKAN PERTELINGKAHAN, DEMI PASUKAN --- JELIUS ATING


Pengendali Sabah FA Jelius Ating mahu semua pihak mengentikan pertelingkahan demi kebaikan dan kemajuan pasukan. Terdapat beberapa perubahan drastik dan membelakangi penyokong yang telah dibuat oleh kepimpinan baru SAFA. Keadaan ini menyebabkan perbezaan pendapat sebahagian penyokong Sabah dengan kepimpinan SAFA.

Ada yang mahu memboikot kepimpinan kerana perubahan yang dianggap tidak masuk akal dan syok sendiri. Perubahan seperti kenaikan harga tiket, larangan membawa alat muzik dan banner tanpa kelulusan dari SAFA dan yang terbaru pelancaran Fan Club Tambadau.
Admin menyedari #boikot ini hanya protes kepada SAFA dan kekal menyokong teguh pasukan dan pemain Sabah. Pemangku SAFA DAP harus lebih mesra penyokong Rhinos khususnya bagi menyelesaikan masalah ini. Bertemu dengan penyokong tanpa mengira perbezaan pendapat. Jangan hanya menjaga puak2 tertentu saja dan membiarkan penyokong berbeza pendapat ini begitu saja. Apa yang penyokong mahukan adalah perubahan pengurusan SAFA yang lebih baik supaya segala permasalahan sebelum ini tidak lagi terjadi. Isu gaji, kekurangan dana pasukan dan kebajikan pemain merupakan salah satu masalah pengurusan yang seharusnya diberi perhatian oleh SAFA.

Jelius Ating mahu semua penyokong bola sepak Sabah datang beramai-ramai ke stadium Likas pada 2 Mac di mana pasukan Sabah akan melayan kunjungan PDRM dalam saingan Liga Perdana 2019. Dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog