Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 3 Mac 2019

JDT II, Sabah kedudukan Liga Perdana 2019

PEMAIN JDT II, Mohamad Khairullah Abdullhalim meraikan jaringan kedua bersama sepasukan, ketika perlawanan Liga Perdana 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JDT II, Sabah kedudukan Liga Perdana 2019


Johor Darul Ta'zim II (JDT II) terus mengungguli carta Liga Perdana selepas memastikan kemenangan keempat musim ini dengan menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), malam tadi. Tuan rumah memperoleh satu gol dalam setiap babak permainan bermula dengan jaringan Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-40 sebelum Mohamad Khairullah Abdulhalim menambah gol kedua hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung. Walaupun kurang satu perlawanan, JDT II nyata unggul untuk berada di puncak liga dengan mata maksimum, dibezakan dua mata berbanding Sabah di tempat kedua.


Di Stadium Likas, Sabah turut meraih kemenangan apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia 3-1 menerusi dua jaringan Luis Carlos Junior pada minit keempat dan ke-47 serta Rodoljub Paunovic (m44). Gol saguhati pelawat dijaringkan Redzovic Argzim pada minit ke-52.

Di Stadium MP Selayang, pendatang baharu Selangor United sekadar seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan untuk berkongsi 10 mata bersama Sabah.


Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia membelasah Sarawak 4-0 bagi meraih tiga mata pertama musim ini selepas kemenangan ke atas Perlis sebelum ini ditarik balik ekoran penyingkiran skuad Singa Utara.

Kesemua gol UKM FC dijaringkan menerusi dua sepakan penalti disempurnakan Chukwubunna Ijezie pada minit ke-9 dan Mateo Roskam (m78) sebelum Mohamad Hariz Fazrin Mohd Nazri meledak gol ketiga (m87) diikuti ledakan Mohd Akmal Md Zahir pada masa kecederaan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog