Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 6 Mac 2019

AirAsia penerbangan rasmi Liga Malaysia 2019-2020

AirAsia penerbangan rasmi  Liga Malaysia 2019-2020



AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, memeterai perjanjian untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi eksklusif Liga Malaysia 2019-2020.

Dalam kenyataan hari ini, AirAsia menegaskan syarikat penerbangan itu akan menyokong pasukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang beraksi dalam kejohanan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier dan Piala FA dengan diskaun tambang untuk mereka terbang dengan syarikat berkenaan di seluruh Malaysia dan di rantau ini.
AirAsia akan turut mempunyai hak untuk menjual tiket perlawanan sama ada secara sendirian atau tawaran pakej bersama penerbangan dan/atau hotel menerusi airasiaredtix.com.


--- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog