IVAN Rakitic (kanan) bersama Lionel Messi meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto AFP
Barcelona sekali lagi tewaskan Real Madrid
MADRID: Barcelona menang Clasico kedua mereka dalam empat hari, awal pagi tadi dan Real Madrid mungkin perlu menang Liga Juara-Juara jika Santiago Solari mahu terus memegang jawatan bagi perlawanan seterusnya.
Selepas menyingkirkan mereka daripada Copa del Rey Rabu lalu, Barca kembali ke Santiago Bernabeu untuk kemenangan 1-0 yang pasti menyingkirkan pencabar mereka daripada pemburuan gelaran liga.
Lionel Messi dan Sergio Ramos bertelagah selepas Ramos melibas tangan ke muka Messi, walaupun jumlah jaringan kekal dan hanya sedikit peluang, hanya itu berjaya dihasilkan Madrid.
Baca: JDT ll, Sabah pimpin Liga Perdana 2019
Messi pastinya gembira dengan hantaran lambung Ivan Rakitic, cubaan jarang dilakukan tetapi akhirnya menyelesaikan satu lagi Clasico yang kekurangan kualiti sebenar atau rentak.
Tekanan berada pada Madrid, bukan hanya untuk membalas kekalahan pada pertengahan minggu tetapi gagal mengurangkan jurang sembilan mata antara mereka dan pendahulu La Liga itu.
AKSI Ivan Rakitic menjaringankan gol ketika menentang pasukan Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto AFP
Sebaliknya Barca meneruskannya dengan kelebihan 12 mata dan dengan gaya pemain mereka meraikannya selepas wisel penamat menggambarkan mereka sudah merasakan halangan terbesar sudah diatasi.
Ketika Solari mengambil alih pada November, pasukannya ketinggalan tujuh mata di belakang Barca.
Begitupun jumlah mata berkenaan hampir berganda namun tidak menggambarkan peningkatan dalam persembahan mereka yang pastinya diingati Presiden, Florentino Perez apabila dia memikirkan mengenai jurulatih baharu musim depan. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan