GOL jaringan Marcus Rashford. - Foto AF
Kebangkitan hebat United
Manchester United mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas reviu VAR mencetus kemenangan 3-1 ke atas Paris Saint-Germain sekali gus layak ke suku akhir walaupun agregat terikat 3-3 tetapi United mara menerusi peraturan gol di tempat lawan, awal pagi tadi.
United bekerja keras untuk mengatasi defisit 0-2 susulan aksi pertama, pusingan 16 terakhir bulan lalu, namun dua gol Romelu Lukaku pada babak pertama di Parc des Princes memberikan mereka harapan.
Juan Bernat membalas satu gol buat PSG, namun mereka kelihatan tersingkir hinggalah drama pada saat akhir.
Pengadil dari Slovenia, Damir Skomina menghadiahkan sepakan penalti selepas mengkaji rakaman VAR apabila beliau dimaklumkan kemungkinan pertahanan PSG, Presnel Kimpembe memegang bola dalam kotak penalti.
MARCUS Rashford ketika mengambil sepakan penalti. - Foto EPA
Rashford mudah mengatasi Gianluigi Buffon untuk penalti itu ketika United memenangi perlawanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas kalah aksi pertama di laman sendiri.
Kemenangan tidak disangka-sangka mereka – susulan kebangkitan sama dilakukan Ajax terhadap juara bertahan Real Madrid 24 jam terdahulu – membantu mereka mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2014.
Kebangkitan United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer berterusan dengan bekas pemain dari Norway itu kini merakam sembilan kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan. – AFP
0 comments:
Catat Ulasan