Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 8 Mac 2019

FAM tangguh kerana gagal mendapat status A

SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalingam. - Foto Mahzir Mat Isa

FAM tangguh kerana gagal mendapat status A


Aksi persahabatan menentang Nepal yang dijadualkan berlangsung 26 Mac ini ditunda ke satu tarikh lain selepas perlawanan berkenaan gagal mendapat status A daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Meskipun mengetahui garis panduan FIFA yang hanya membenarkan dua perlawanan berstatus "A" pada jendela perlawanan antarabangsa, dalam usaha memperbaiki ranking dunia Harimau Malaya, FAM membuat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA untuk mendapatkan kelulusan ketika itu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata semulanya berjalan lancar apabila AFC memberi kelulusan namun FIFA kemudiannya memaklumkan perlawanan itu tidak diluluskan sebagai perlawanan berkelas A.

"Sebagai menghormati keputusan FIFA itu, FAM dan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) bersetuju untuk menangguhkan perlawanan berkenaan ke satu tarikh baharu semasa jendela perlawanan antarabangsa FIFA yang akan datang.

"Ia bagi membolehkan kedua-dua negara menikmati peluang untuk mendapat mata bagi kiraan ranking dunia," katanya.

Pada jendela perlawanan antarabangsa kali ini, skuad Harimau Malaya sudah pun mengesahkan dua perlawanan menerusi penganjuran Piala Airmarine, bermula aksi menentang Singapura, 20 Mac ini sebelum menentang pemenang antara Oman dan Afghanistan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog