Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 5 Mac 2019

ARIUSDIUS JAIS DAN EVAN WENSLEY KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020

Ariusdius dan Evan- Photo Sabah FA

ARIUSDIUS JAIS DAN EVAN WENSLEY  KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020




ARIUSDIUS JAIS DAN EVAN WENSLEY  KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020. Adalah menjadi satu kebangaan kepada pasukan Sabah apabila dua orang pemain telah dipanggil menjalani latihan bersama skuad Malaysia B-22. Hal ini menunjukkan Sabah tidak ketandusan untuk melahirkan bakat-bakat baru bola sepak tempatan.

Ariusdius bermain diposisi penyerang dan boleh beraksi bermain sebagai LWF, RWF, AMC ataupun sebagai SS. Manakala Evan pula beraksi dibahagian pertahanan CB ataupun RB. Kedua-dua pemain ini telah diserapkan ke skuad Tambadau Sabah pada musim ini.

Baca: Pemain maut di atas padang




Berikut senarai nama 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat bermula Ahad ini, 10 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam dari 22 hingga 26 Mac 2019.

BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
21
GK
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
DOMINIC TAN JUN JIN
22
CB
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
SYAMER KUTTY ABBA
22
CM
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID
20
LW
JOHOR DARUL TA’ZIM
5.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
22
RW
JOHOR DARUL TA’ZIM
6.
MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN
22
CB
JOHOR DARUL TA’ZIM II
7.
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT
20
CM
KELANTAN
8.
MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN
21
CM
KELANTAN
9.
MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI
21
LWB
KELANTAN
10.
NIK AZLI NIK ALIAS
22
CF
KELANTAN
11.
DAMIEN LIM CHIEN KHAI
22
GK
KELANTAN
12.
KOGILESWARAN RAJ
21
CF
PAHANG
13.
R. DINESH
21
CB
PAHANG
14.
MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM
21
RW
PAHANG
15.
MUHAMMAD AZRI AB GHANI
20
GK
FELDA UNITED
16.
AHMAD TASNIM FITRI MOHD NASIR
20
LWB
FELDA UNITED
17.
MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM
22
CM
FELDA UNITED
18.
MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW
22
CF
PKNS FC
19.
ARIFF AR-RASYID ARIFFIN
21
CB
PKNS FC
20.
EVAN WENSLEY WENCESLAUS
21
CB
SABAH
21.
ARIUSDIUS JAIS
21
LW
SABAH
22.
MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK
19
CF
FAGIANO OKAYAMA
23.
K. THIVANDARAN
20
CM
PJ CITY FC
24.
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF ARIFFIN
21
CB
UITM FC
25.
MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM
22
RWB
PERAK
26.
MUHAMMAD IZZAN SYAHMI MUSTAPA
22
CM
TERENGGANU FC II
27.
MUHAMMAD SYAHMI SAFARI
21
RWB
SELANGOR

Daripada senarai di atas, seramai 21 pemain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu telah dikekalkan dengan Kim Swee hanya menggugurkan dua pemain iaitu Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur) dan Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan).
Bagi melengkapkan senarai 27 pemain untuk kem latihan pusat kali ini, Kim Swee telah memanggil enam pemain baharu termasuk empat pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2018 iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari, serta dua lagi pemain iaitu Danial Amir Norhisham dan Faisal Abdul Halim.
Skuad B-22 kebangsaan ini akan menjalani latihan selama tujuh hari sebelum diuji pada satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Australia B-22 pada 17 Mac 2019.
Kim Swee selepas itu akan menamakan senarai akhir 23 pemain bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan kelayakan Kumpulan J bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.
Hanya juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.
Malaysia sebelum ini ketika turut dibimbing Kim Swee layak ke pusingan akhir buat kali pertama pada Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan berjaya mencipta sejarah melangkah ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Korea Selatan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog