Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 3 Mac 2019

FA lancar pasukan bola sepak maya





FA lancar pasukan bola sepak maya


FA England melancarkan pasukan bola sepak maya dikenali sebagai eLions yang kini dalam percubaan mencari bakat baru untuk ke pertandingan Piala eNations FIFA yang akan berlangsung April depan, umum badan bola sepak Inggeris itu, semalam.



Justeru, anak syarikat FA, ESL akan memilih calon terbaik menerusi perlawanan peringkat kelayakan secara dalam talian sebelum pertandingan secara langsung diadakan di London pada 14 Mac.



Pertandingan itu terbuka kepada peserta FIFA berusia 16 tahun ke atas yang berpangkalan di England dan mesti menggunakan PS4 atau Xbox One.




"Pemilihan ini peluang menarik buat penyokong Three Lions membantu lembaran baharu untuk sejarah England sekali gus menambah kestabilan dan kekuatan 29 pemain kebangsaan kita,” kata Ketua Pegawai Komersial dan Pembangunan FA, Mark Bullingham menerusi kenyataan yang boleh diakses menerusi laman web http://www.thefa.com/news/2019/mar/01/england-esports-announcement-010319.



"FA berasa bangga dengan pemodenan dan menjadi organisasi inovatif yang mampu memenuhi aspirasi semua peminat bola sepak di semua peringkat generasi.”



Kejohanan eNations FIFA itu adalah kejohanan jemputan yang disertai 16 pasukan kebangsaan.



"Pembabitan pasukan dalam pertandingan ini adalah langkah signifikan selaras dengan hasrat pembangunan sukan bola sepak maya (eFootball) FIFA di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Tranformasi Digital dan Inovasi FIFA, Luis Vicente.



"Selepas kejayaan menubuhkan kelab bola sepak (eClub) untuk ke Piala Dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami kini sedang merancang menyatukan pertandingan peringkat kebangsaan ini dalam portfolio eBolasepak kami pula.” – Reuters
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog