Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 8 Mac 2019

Messi kini kembali

LIONEL Messi. - Foto Reuters

Messi kini kembali



Lionel Messi dinamakan dalam skuad Argentina buat kali pertama sejak Piala Dunia, mengakhiri tempoh lapan bulan dipinggirkan. Jurulatih sementara, Lionel Scaloni menamakan pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu dalam skuadnya menjelang perlawanan persahabatan menentang Venezuela dan Maghribi.

Bintang Barcelona berumur 31 tahun itu tidak menyarung jersi kebangsaan sejak Argentina tersingkir pada saingan Piala Dunia Jun tahun lalu kepada pemenang, Perancis. Seorang lagi pemain yang lama tidak dipanggil, Angel Di Maria dari PSG juga dipilih ke dalam skuad tetapi tidak buat pemain veteran, Sergio Aguero – meskipun beliau berada dalam prestasi cemerlang bersama Manchester City.
Turut tidak disenaraikan ialah pemain Chelsea, Gonzalo Higuain dan Mauro Icardi dari Inter Milan.
“Piala Dunia adalah kekecewaan yang sangat besar buat semua orang, begitu juga bagi beliau,” kata Scaloni kepada pemberita di pusat latihan Argentina, Ezeiza, dekat Buenos Aires. “Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Messi menyaksikan kami bermain, beliau menyatakan hasrat untuk mencuba sekali lagi dan beliau dialu-alukan.” 

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Agustin Marchesin (Club America/MEX), Juan Musso (Udinese/ITA), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)

Pertahanan: German Pezzella (Fiorentina/ITA), Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Juan Foyth (Tottenham/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Walter Kannemann (Gremio/BRA), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Gonzalo Montiel (River Plate), Renzo Saravia (Racing Club), Lisandro Martinez (Defensa y Justicia)

Tengah: Leandro Paredes, Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (Club America/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Matias Zaracho (Racing Club), Ivan Marcone (Boca Juniors), Domingo Blanco (Defensa y Justicia), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Martinez (Atlanta United/USA), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Angel Correa (Atletico Madrid/ESP), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Dario Benedetto (Boca Juniors), Matias Suarez (River Plate)Scaloni berkata: “Messi memilih untuk turut serta meskipun dia mengharungi jadual padat bersama kelabnya. – AFP 

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog