Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 3 Mac 2019

Piala FA: Penjara, Utimate, Tun Razak City ke pusingan kedua

Piala FA: Penjara, Utimate, Tun Razak City ke pusingan kedua



Tiga pasukan -- Penjara FC, Ultimate FC dan Tun Razak City FC -- mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala FA.

Penjara FC layak selepas membenam MOFAH FC 6-3 di Stadium Mini Penjara Kajang menerusi jaringan hatrik Muhammad Hasrul Nurkholis Hasim pada minit ke-48, 49 dan 75.

Terdahulu, Penjara FC membuka jaringan menerusi Muhammad Amiruddin Zainal Abidin seawal minit keempat sebelum Mohd Azrol Izwan Azman menggandakan jaringan pada minit ke-28, manakala gol terakhir pasukan itu dijaringkan Mohamad Izzudin Zainuddin pada minit ke-77.

MOFAH FC pula berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan kapten pasukan, Mohd Shamil Shah Kassim, pada minit ke-25 dan 85, serta Aliff Izwan Ab Razak pada minit ke-42.

Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ultimate FC mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas KSR Sains menerusi sepakan penalti Ahmad Azlan Zainal pada minit ke-88.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi jaringan M. Terrence pada minit ke-28, sebelum KSR Sains bangkit menyamakan kedudukan menerusi Norfaizzal Faroq Zaharuddin pada minit ke-60.

Tun Razak City FC pula mara selepas mengatasi SAMB FC 3-1 di Stadium Mini Raja Muda.

Pasukan itu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi Badrulhisyam Azmi sebelum Shamirul Rani menggandakan jaringan tiga minit kemudian, namun SAMB FC bangkit mengurangkan defisit menerusi jaringan Zamiree Md Jani pada minit ke-54.

Bagaimanapun jaringan Bertim Rafael pada masa kecederaan (m-95) mengesahkan kemenangan pasukan itu.

Undian pusingan kedua Piala FA akan berlangsung esok, dengan 10 pasukan amatur akan diundi bersama-sama pasukan Liga Super dan Liga Perdana dalam saingan piala kalah mati itu.

-- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog