Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 5 Mac 2019

Tunggakan gaji turut berlaku di England – Owen

BEKAS pemain bolasepak England, Michael Owen. - Foto Eizairi Shamsudin.

Tunggakan gaji turut berlaku di England – Owen



Ketika England dilabel gah sebagai antara pasukan gergasi di peringkat antarabangsa, namun masalah kelewatan pembayaran gaji turut 'menghantui' kancah bola sepak mereka.

Hakikat itu diakui bekas bintang Three Lions, Michael Owen yang menjelaskan ini kerana terdapat naik turun dalam pengurusan bola sepak di dunia.

"Ia bukan saja terjadi di Malaysia (kelewatan bayaran gaji) tetapi di negara lain juga termasuk England... mungkin membabitkan pasukan bawah Liga Perdana iaitu divisyen dua, tiga atau empat.

"Bola sepak tiada bezanya dengan perniagaan, ada naik turun kadang kala baik kadang kala buruk, dunia tidak sempurna, tapi saya harap ia lebih baik untuk semua pemain di Malaysia kerana masalah perniagaan ini terjadi di seluruh dunia," kata Owen pada sidang media selepas mengendalikan klinik bola sepak bersama pasukan bawah 19 (B-19) Selangor di Padang SUK, hari ini.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan kemelut tunggakan gaji pasukan bertanding di Liga Malaysia (Liga M) mencecah tahap paling kronik, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan menerima 262 kes - sekali gus meletakkan Malaysia selaku ‘juara’ benua Asia.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan jumlah itu mungkin lebih banyak jika ditambah dengan dakwaan kes tunggakan lain yang belum dipanjangkan ke FAM, khususnya di peringkat Jawatankuasa Status atau Jawatankuasa Tatatertib.

Dalam perkembangan lain, Owen menyifatkan Liverpool berpeluang untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun masih berbaki sembilan perlawanan daripada 38 pertembungan musim ini.

Owen menegaskan ia disebabkan The Reds mempunyai kelebihan dari segi perlawanan berbanding Manchester City yang perlu berdepan lawan sukar selepas ini.

"Apa yang saya lihat ketika ini hanya City dan Liverpool yang berpotensi untuk memenangi EPL.

"Kalau tahun sebelum ini pasukan di tangga kedua mempunyai jurang kira-kira 10 mata dengan pendahulu liga, tetapi tahun ini kita dapat lihat saingan yang luar biasa.

"Berdasarkan perlawanan tahun ini, saya rasakan peluang City agak sukar berbanding Liverpool. Walaupun City mempunyai kelebihan mata dan gol, tetapi Liverpool ada kelebihan dari segi perlawanan," kata Owen.


---- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog