Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 4 Mac 2019

Cheng Hoe panggil 'Messi Ganu' jalani latihan

Cheng Hoe panggil 'Messi Ganu' jalani latihan



FAIZ berjaya tambat hati Cheng Hoe. FOTO/NSTP


AKSI cemerlang Faiz Nasir yang kini bersama skuad Liga Super Selangor berjaya menambat hati pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia akan dipanggil buat kali pertama bagi menghadapi Piala Airmarine dari 20 hingga 23 Mac ini.

Faiz, 27, yang turut digelar ‘Messi Ganu’ adalah antara 30 pemain yang akan disenaraikan oleh Cheng Hoe dengan nama perancang dari Pahang, Nor Azam Azih turut dipanggil bagi menampung ketiadaan Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Akhyar Rashid yang akan memperkuatkan skuad B-23 negara bagi Kelayakan Kejuaraan AFC pada minggu sama.
Ketika Arena Metro cuba mendapatkan pengesahan daripada pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Yusoff Mahadi, beliau enggan mengulas lanjut, namun tidak menolak kehadiran dua tonggak tengah itu mampu memperkasakan jentera tengah selepas ketiadaan pemain skuad B-23.

Katanya, berdasarkan perbincangan awal bersama Cheng Hoe sebelum ini, seramai 30 pemain akan dipanggil dengan majoriti skuad naib juara Piala AFF Disember lalu dikekalkan.


“Memang ada perbincangan dengan jurulatih (Cheng Hoe) dan kalau tak silap saya beliau akan memanggil 30 pemain untuk sesi latihan menghadapi Piala Airmarine.


“Daripada senarai itu, sebahagian besar tonggak Piala AFF dikekalkan seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Zaquan Adha Radzak, Shahrul Saad serta Mohamadou Sumareh.

“Malah, beberapa muka baru dan lama yang sebelum ini pernah dipanggil juga turut berada dalam senarai. Esok (hari ini) saya ada perbincangan lanjut dengan jurulatih di Wisma FAM dan selepas itu baru kami akan keluarkan senarai pemain dengan kemungkinan 10 atau 11 Mac ini akan mula menjalani latihan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jika benar Faiz disenaraikan kali ini, ia penampilan sulungnya bersama skuad Harimau Malaya sejak bergelar pemain profesional dengan kemuncak prestasi ketika membantu Terengganu FC muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog