Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 6 Mac 2019

Tambadau anggap saingan Piala FA penting

Tambadau anggap saingan Piala FA penting



HENRY Saimpon (kanan) bersama Ketua Jurulatih Sabah Jelius Ating

Skuad Tambadau Sabah mahu melangkah jauh dalam saingan Piala FA musim ini. Tambadau Sabah diundi akan memulakan cabaran Piala FA terus di pusingan kedua menentang pasukan dari Divisyen Tiga (Piala FAM), Kelantan United di tempat lawan pada 2 atau 3 April depan. Pengurus pasukan, Henry Saimpon berkata, mereka akan melayan saingan Piala FA sama penting sebagaimana saingan Liga Perdana.


"Kami `ok' dengan undian perlawanan Piala FA itu dan akan bersedia sepenuhnya untuk capai sejauh mungkin dalam saingan ini. "Suasana pertandingan ini berbeza berbanding saingan liga kerana ianya dijalankan secara kalah mati. Oleh itu setiap perlawanan kita akan harungi seperti perlawanan akhir," kata Henry ketika dihubungi di sini hari ini.  "Kami akan fikirkan perlawanan satu persatu sama ada dalam saingan liga atau Piala FA..kami akan sentiasa bersedia untuk sebarang perlawanan dengan fokus menghasilkan kemenangan. "Kita tidak akan memandang rendah mana-mana lawan termasuklah Kelantan United yang dari Divisyen Tiga tetapi dengan prestasi pasukan yang terus meningkat dalam saingan liga, saya yakin kita mampu lepasi Kelantan United," katanya.
Sebagai rekod Sabah tersingkir di tangan skuad Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pusingan kedua Piala FA musim lalu. Sabah merupakan bekas juara Piala FA 1995 iaitu pencapaian terbaiknya dalam saingan itu. Pencapaian terbaik selepas itu ialah muncul naib juara pada 1998, kalah kepada Pahang. Sabah juga naib juara 1993 dan 1994, kedua-duanya tewas kepada Kuala Lumpur.




---- Utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog