PENYERANG Liga Divisyen Satu, Akanda FC, Herman Tsinga maut selepas rebah ketika mengharungi aksi liga. - Foto Africa Top Sports
Pemain maut atas padang
Penyerang Liga Divisyen Satu Gabon, Herman Tsinga maut selepas rebah ketika mengharungi perlawanan bola sepak di sini, lapor media tempatan, semalam. Tsinga yang bermain untuk kelab Akanda FC tumbang pada minit ke-23 perlawanan menentang Missile FC, Sabtu lalu menurut laporan akhbar The Union.
Pemain berusia 30 tahun itu menerima rawatan kecemasan oleh doktor tetapi meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital. Satu rakaman video amatur yang di Twitter memaparkan reaksi kelam kabut selepas Tsinga rebah di kawasan tengah padang. Menurut The Union, ambulans yang berada di lokasi kejadian tidak mempunyai peranti perubatan defibrilator untuk jantung atau topeng oksigen yang sesuai “untuk menyelamatkan nyawa pemain itu”. Kematian itu adalah yang ketujuh dalam tempoh 12 tahun sejarah bola sepak Gabon. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan