Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 7 Mac 2019

Perlawanan Negeri Sembilan vs Sabah live di mycujoo


Perlawanan Negeri Sembilan vs Sabah live di mycujoo


Penyokong kedua-dua pasukan Negeri Sembilan dan Sabah boleh menyaksikan perlawanan ini di applikasi mycujoo secara live. Bagi penyokong yang jauh dan tidak sempat datang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bolehlah menonton di mycujoo. Mycujoo merupakan penyiar rasmi bola sepak Liga Malaysia musim 2019. Diharapkan ianya dapat membantu penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan hebat ini.

Perlawanan keenam Liga Perdana dijadualkan pada:-

Negeri Sembilan vs Sabah FA
9 Mac 2019
Jam 9 malam
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Bagi penyokong bola sepak yang belum memuat turun aplikasi mycujoo, sila download aplikasi ini di Mycujoo.

Pasukan Sabah kini berada di kedudukan kedua liga dengan 10 mata. Manakala pasukan Negeri Sembilan berada di kedudukan keenam liga dengan 6 mata.

Untuk rekod dalam dua perlawanan terakhir Sabah menang sekali dan seri sekali. Di atas kertas Sabah memiliki kelebihan tetapi sudah pasti pasukan Negeri Sembilan menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk memungut tiga mata. Jangan lupa menyaksikan perlawanan ini!

Share:

1 comments:

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog