Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 8 Mac 2019

Tiada Perubahan Dalam Skuad Sabah

Tiada Perubahan Dalam Skuad Sabah



Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, akan mengekalkan kesebelasan utamanya dalam misi memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana apabila bertemu Negeri Sembilan (NS) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Ia kerana barisan kesebelasan utamanya itu telah membuktikan kemampuan mereka selain telah melaksanakan tugas dengan baik dalam setiap perlawanan.

"Kami akan menggunakan kesebelasan sama seperti perlawanan (menentang PDRM) sebelum ini. Mereka telah menjalankan tugasan dengan baik dan membuktikan dalam latihan mereka layak untuk dikekalkan dalam kesebelasan utama.

"Bagaimanapun, pemain di bangku simpanan juga sedia menggalas tugas sebagai kesebelasan utama pada bila-bila masa, jadi kesebelasan utama bukan isu utama.

"Fokus kami adalah untuk meneruskan rentak kemenangan," katanya.

Jelius dijangka akan mengekalkan Rozaimie Rohim selaku benteng terakhir pasukannya dengan dibantu empat pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Park TaeSu, Randy Baruh dan Dendy Lowa. 

Baca: Leo is Back!


Penjaring terbanyak Sabah setakat ini, Luka Milunovic, pula akan terus menjadi arkitek di bahagian tengah sambil dibantu Sabri Sahar, Mohd Azzizan Nordin dan Maxsius Musa.

Dua pemain import, Luiz Carlos Junior dan Rodoljub Paunovic, pula akan menggalas tugas sebagai pemburu jaringan.

Dalam pada itu, Jelius berharap skuad Tambadau itu dapat mengekalkan momentum mereka untuk mencuri tiga mata di gelanggang lawan.

Momentum pasukan itu kini di tahap terbaik dan pemain juga terus menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

"Kebiasaannya pada awal musim, ada pasukan yang masih tercari-cari rentak tetapi saya percaya momentum pasukan kami kini di tahap baik dan ia memberi kesempatan untuk kami meraih mata sebanyak mungkin.

"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai kedudukan, namun kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meletakkan pasukan ini di kedudukan yang baik," katanya.

Sabah kini berada di kedudukan kedua liga selepas mengumpul 10 mata dari lima perlawanan dengan dua mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) manakala Negeri Sembilan pula di tangga kelima dengan sembilan mata.




--- Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog