Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 5 Mac 2019

Piala Airmarine: Malaysia senarai 25 pemain

Piala Airmarine: Malaysia senarai 25 pemain



Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menyenaraikan 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa ini bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac ini. 

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), senarai pemain itu seterusnya akan mengikuti satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac.

Cheng Hoe berkata daripada senarai 25 pemain itu, beliau mengekalkan 13 pemain skuad B-23 yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018 pada Disember lalu serta 12 pemain baru.
Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan dalam Piala Airmarine 2019, iaitu bertemu Singapura dalam perlawanan pertama pada Rabu (20 Mac) dan berdepan Oman atau Afghanistan dalam perlawanan kedua pada Sabtu (23 Mac).

Senarai 25 pemain: 


Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi (Perak), Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Syazwan Zainon, Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari (Selangor).

Zaquan Adha Abd Radzak, Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazali (Kedah), Akram Mahinan, Nicholas Swirad (PKNS FC), Syazwan Andik Ishak, Ahmda Hazwan Bakri, S.Kumaahran (Johor Darul Ta'zim), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Hadin Azman (Felda United).
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog