Piala FA KDM Malaysia: Penampang miliki kelebihan awal
SKUAD bola sepak KDM Penampang.
Kemenangan 2-1 perlawanan pertama di tempat lawan bekalan baik buat KDM Penampang apabila melayani kunjungan KDM Tambunan pada perlawanan balas pusingan pertama Piala FA Liga KDM Malaysia 2018-2019 di Stadium Penampang pada Sabtu.
Pengurus pasukan Justin Juani dan timbalannya Sonnie Hamdin dalam kenyataan bersama mereka berkata, kemenangan di tempat lawan minggu lalu itu adalah kelebihan yang seharusnya memberi mereka lebih peluang meneruskan cabaran dalam saingan kalah mati itu.
Kelebihan awal diperolehi Penampang di Stadium Tambunan hasil jaringan Ponzo Nikola pada minit ke-30 dan Ilham Mohd Amin pada minit ke-40.
"Kemenangan itu menyemarakkan semangat pemain terutama kami akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan balas.
"Sehubungan dengan itu, kami mengalu-laukan peminat bola sepak terutamanya penyokong di Penampang dan sekitarnya datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Penampang, Sabtu ini," kata Justin.
Sepak mula perlawanan adalah pada jam 3.45 petang.
"Kelebihan kini bepihak kepada Penampang tetapi kesudahannya masih bergantung kepada perlawanan balas ini. Kami akan cuba yang terbaik untuk keluar sebagai pemenang dan mara ke pusingan seterusnya," katanya.
Menurutnya, persiapan Penampang berjalan lancar dan semua pemain juga berada di tahap terbaik menghadapi perlawanan itu.
Piala FA itu adalah salah satu yng dipertandingkan pada edisi kedua Liga Bola Sepak KDM Malaysia selain Karnival Piala Presiden, Piala Sumbangsih dan pertandingan liga.
Pertandingan Piala FA ddisertai semua 32 pasukan yang menyertai saingan liga iaitu pertandingan utama kejohanan itu.
Kejohanan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM300,000 itu adalah anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.
0 comments:
Catat Ulasan