Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 23 November 2018

Ahli Parlimen Beruas miliki aset tertinggi RM75 juta






Ahli Parlimen Beruas miliki aset tertinggi RM75 juta



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan aset bernilai RM75.81 juta, iaitu paling tinggi dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).



Berdasarkan portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penasihat DAP Perak itu mengisytiharkan aset milik beliau serta termasuk isteri dan anak.


Ia diikuti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengisytiharkan aset bernilai RM32.35 juta, manakala Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan isteri turut mengisytiharkan aset bernilai RM23 juta.




Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah mengisytiharkan aset bernilai RM15.3 juta bersama isteri dan anaknya.



Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan isteri mengisytiharkan harta bernilai RM14.36 juta.



Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye bersama isteri dan anak mengisytiharkan harta bernilai RM13.67 juta; Ahli Parlimen Julau, Larry Sng@Larry Sng Wei Shien dan isteri (RM11.78 juta).



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan isteri (RM11.59 juta); Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar dan isteri (RM11.30 juta); Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua dan isteri (RM10.40 juta).



Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan isteri (RM8.5 juta) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan suami (RM7.79 juta).



Ahli Parlimen Jeli yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut mengisytiharkan harta bersama isteri yang bernilai RM5 juta; Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang juga veteran DAP, Lim Kit Siang dan isteri (RM4.32 juta); Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri (RM1.7 juta).



Berdasarkan portal itu, beberapa menteri belum mengisytiharkan harta termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.



Senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal SPRM pada 1 Oktober lalu, ditunda kepada 15 Oktober lalu berikutan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.



AHLI Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham. - Foto Asyraf Hamzah



- bharian 
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog