Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 21 November 2018

Harimau Malaya mampu baham Myanmar - Cheng Hoe


TAN Cheng Hoe. - NSTP/Hazreen Mohamad

Harimau Malaya mampu baham Myanmar - Cheng Hoe




KUALA LUMPUR: Selepas menganalisa dan mengkaji kekuatan serta kelemahan pasukan Myanmar, Tan Cheng Hoe tanpa berselindung mengakui skuad Harimau Malaya mampu melepasi ujian terakhir sekali gus mencuri tiket ke separuh akhir saingan Piala AFF 2018 apabila kedua-duanya bertarung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.



Jelasnya, walaupun Malaysia menghuni tangga ketiga di belakang Myanmar dan Vietnam dalam Kumpulan A, Cheng Hoe yakin kelebihan satu mata yang dimiliki dua pasukan teratas terutamanya Myanmar mampu dipadamkan dalam aksi terakhir itu nanti.



Ketika ini, skuad negara mengumpul enam mata selepas melakar dua kemenangan ke atas Kemboja (1-0) dan Laos (3-1) sebelum tumbang kepada Vietnam (0-2) pada aksi ketiga.




"Saya nampak suasana latihan cukup baik dan yang penting pemain-pemain sekali lagi perlu fokus untuk perlawanan terakhir keran ia aksi hidup mati pasukan. Tetapi saya rasa cukup yakin dengan barisan pemain yang akan diturunkan nanti.



"Sudah tentu kita sempat melihat perlawanan pasukan Myanmar bermain dengan Laos dan Kemboja. Dari segi kekuatan dan kelemahan memang kita rasa kita mampu mengatasi (Myanmar) perlawanan itu," kata pengendali skuad kebangsaan itu kepada Sukan NSTP.



Bagaimanapun, Cheng Hoe yang juga bekas penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagopal ketika menjulang Piala AFF pada 2010 tetap menghormati skuad The White Angels terutamanya selepas kejayaan mereka mengikat Vietnam tanpa jaringan di Yangon semalam.



"Kita nampak dari segi semangat melawan dan keinginan tinggi untuk menang pemain Myanmar cukup kuat, malah pemain mereka juga berkebolehan baik.



"Sudah tentu serangan balas mereka juga bahaya kerana mereka ada dua tiga pemain yang laju dan sebab itu pertahanan kita kena sentiasa waspada dengan serangan balas daripada Myanmar," katanya.



Tambah pengendali berusia 50 tahun itu lagi, beliau turut merangka beberapa perubahan taktikal bagi mengelirukan pihak lawan menjelang aksi itu hujung minggu ini.



"Dalam seminggu ini persiapan dan persediaan cukup baik dan kita memang cuba buat dua atau tiga pilihan (perubahan taktikal) yang akan digunakan dalam aksi itu. Tetapi saya rasa pemain sudah bersedia dan sesiapa saja diturunkan pasti akan memberi persembahan terbaik," ujarnya.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog