Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 24 November 2018

Aksi Malaysia-Myanmar pecah rekod kehadiran penonton


KEHADIRAN penyokong Ultras Malaya mampu suntik semangat Harimau Malaya. - Foto RASUL AZLI SAMAD

Aksi Malaysia-Myanmar pecah rekod kehadiran penonton



KUALA LUMPUR: Aksi terakhir Kumpulan A antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok bakal memecah rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam kejohanan Piala AFF 2018 setakat ini.



Apa tidaknya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengesahkan sebanyak 62,307 tiket perlawanan itu sudah pun terjual.



Biarpun belum dapat disahkan jumlah sebenar penyokong yang bakal hadir, namun berdasarkan jumlah jualan tiket itu mungkin sudah cukup untuk mencatatkan rekod baharu.




Setakat ini, rekod kehadiran tertinggi penonton dipegang Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dan aksi malam esok di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan jumlah itu bakal dipecahkan.



Stadium Nasional My Dinh mencatat rekod kehadiran tertinggi sebelum ini iaitu dengan kehadiran 40,000 penyokong ketika aksi antara Vietnam dan Malaysia pada 16 November lalu.



Jumlah kehadiran tertinggi turut dicatatkan di Stadium Rajamangala ketika aksi Kumpulan B antara Thailand dan Indonesia, Sabtu lalu yang menyaksikan kehadiran 37,570 penyokong.



Aksi Harimau Malaya di gelanggang lawan dilihat sentiasa mendapat sambutan daripada segi kehadiran penyokong, selepas aksi menentang Kemboja di Stadium Olimpik turut mencatat jumlah kehadiran tinggi dengan 34,250 penonton.



Namun, aksi di gelanggang sendiri ketika berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (12 November) mencatat jumlah kehadiran kurang memberangsangkan apabila hanya 12,127 penyokong yang hadir ke stadium.



Jadi, aksi berdepan Myanmar malam esok bakal menyaksikan kebanjiran penyokong Harimau Malaya dan Myanmar ke Stadium Nasional yang berkapasiti kira-kita 80,000 penonton.



Jumlah jualan tiket perlawanan itu juga dijangka akan terus meningkat dengan penyokong masih boleh mendapatkan tiket di stadium, esok.



Perlawanan esok cukup penting buat kedua-dua pasukan kerana ia akan menentukan sama ada Malaysia atau Myanmar yang akan layak ke peringkat kalah mati selepas ini.



Harimau Malaya memerlukan kemenangan, manakala Myanmar hanya perlu seri selepas meraih tujuh mata dan Malaysia pula sekadar meraih enam mata.


- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog