FAM tambah 2,000 tiket aksi Malaysia menentang Myanmar Piala AFF Suzuki
Stuart RamalingamKUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah sejumlah 2,000 keping tiket perlawanan terakhir kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket tersebut dengan harga RM20 (tempat duduk terbuka) di cawangan Al-Ikhsan Sports sahaja, manakala pembelian dalam talian di www.tickethotline.com.my dibuka semula hari ini.
Setakat ini, jumlah keseluruhan tiket sudah terjual sebanyak 12,000 keping.
- BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan